Lot terbabit projek CSR perlu dibayar pampasan

webmaster

GUA MUSANG: Kerajaan diminta mempertimbangkan bayaran pampasan terhadap lot-lot milik penduduk yang terbabit dengan projek lebuh raya Central Spine Road (CSR).

Projek CSR kini memasuki sempadan Gua MusangProjek kerajaan Persekutuan itu diselia Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan Jabatan Kerja Raya (JKR). Ia membabitkan kos RM1.8 bilion menghubungkan Simpang Pelangai Bentong ke Kuala Krai.

Projek dari Benta ke Kampung Seberang Jelai Merapoh dimulakan pada 2008 sepanjang 55.35 km, kini siap sepenuhnya.

Malah projek CSR juga sudah memasuki sempadan Gua Musang dan sedang dalam pembinaan sekarang.

Penyelia Dun Galas, Ustaz Suhaimi Mat Deris berkata, projek dari sempadan Kelantan akan diteruskan sehingga bulatan ke kawasan industri dan Bandar Baru Gua Musang.

Katanya, kerja-kerja meratakan tanah sedang giat dijalankan kontraktor.

“Kerja-kerja tanah sudah sampai ke Kampung Putih yang melibatkan perkampungan. Banyak tanah lot terbabit dengan projek terbabit.

“Saya difahamkan lot-lot rumah di kawasan berkenaan banyak yang belum memiliki geran hak milik secara sah,” katanya di sini.

Menurut Suhaimi penduduk yang memiliki geran sudah dibayar pampasan, di mana ada di antara mereka menerima sehingga RM400,000.

Bagaimanapun katanya bagi penduduk yang tidak mempunyai geran beliau mencadangkan kerajaan supaya mempertimbang bayaran setimpal kepada mereka.

“Saya sudah menghantar surat kepada Menteri Besar bagi memohon dibayar pampasan bagi penduduk yang terlibat dengan SCR namun belum memiliki geran.

“Difahamkan kerajaan negeri bersetuju supaya pihak terbabit membayar pampasan kepada penduduk terlibat sebagai ganti rugi,” katanya. – HARAKAHDAILY 26/12/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/9216-lot-terbabit-projek-csr-perlu-dibayar-pampasan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

AKSB atasi enap cemar Sg Pengkalan Datu

KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) melakukan pencucian berkala di Sungai Pengkalan Datu berhampiran pusat rekreasi, Min House Camp di Kubang Kerian dekat sini. Ketua Jabatan Operasi dan Pengeluaran AKSB, Safrurazi Salleh berkata, langkah tersebut merupakan sebahagian pengurusan enap cemar (sludge) yang dihasilkan Loji Rawatan Air Chicha. Menurut beliau beberapa […]

Subscribe US Now