Pengarah Eksekutif Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Sanusi Othman berkata, kerja-kerja menaiktaraf LRA tersebut menunjukkan perkembangan memberangsangkan dan bakal menyelesaikan masalah bekalan air di tiga jajahan tersebut.

Katanya, ia bakal menjadi LRA terbesar di Kelantan dengan mengeluarkan 124 juta liter air sehari (MLD) untuk menampung keperluan pengguna.

“Kerja naik taraf dimulakan sejak dua tahun lalu dibahagi kepada empat pakej dan kini sudah 80 peratus siap. InsyaALLAH, selepas ini masalah air yang dihadapi penduduk di tiga daerah itu akan selesai.

“Ini adalah loji yang terbesar di Kelantan dan kami komited memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna,” katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Terbuka dan Penutup Latihan Kem Tahunan Siri 3/2016 Rejimen Pakar Pengendalian Air Ke 60 Rejimen Askar Jurutera Diraja (AW)  Zon Timur di LRA Merbau Chondong, di sini, hari ini.

-sinarharian