Lupus 10 tan abu al-Quran

webmaster

PASIR PUTEH – Sebanyak 10 tan abu al-Quran dilupuskan secara serentak dengan menggunakan tiga bot dan satu kapal di lokasi 27 kilometer dari Kuala Tok Bali dekat sini, semalam.

Pelupusan tiga bot nelayan Vietnam yang dilucut hak dan satu kapal KM Lang untuk dijadikan sebagai Taman Tukun Keputeraan itu disempurnakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bermula pada jam 3 petang.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jheaik) Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata, pihaknya mengambil tanggungjawab melupuskan al-Quran rosak yang kebanyakannya akibat banjir besar tahun 2014.

Katanya, proses pembakaran al-Quran dilakukan di tempat khas di Jheaik dan abunya dimasukkan ke dalam tong yang diletakkan di dalam bot berkenaan.

“Kita melaksanakannya secara tertib sebagaimana yang dituntut dalam Islam,” katanya kepada pemberita pada program Pelupusan Abu Al-Quran dan Pembinaan Taman Tukun Keputeraan di Pejabat Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Daerah Maritim Tok Bali di sini, semalam.

Turut mencemar duli ke majlis berkenaan Tengku Mahkota Kelantan dan program itu turut dihadiri Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri dan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar.

abu-quran
Kapal diletupkan untuk ditenggelamkan sebagai tukun di Taman Tukun Keputeraan.

Che Mohd Rahim berkata, al-Quran rosak yang berjaya dikumpulkan seberat 150 tan dan selepas pembakaran menggunakan kaedah relau yang dijalankan kakitangan Bahagian Penyelidikan Jheaik, tinggal abu seberat 10 tan.

“Jheaik menerusi Program Lautan Biru bekerjasama dengan Jabatan Perikanan Negeri Kelantan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Maritim.

“Kita mengenal pasti lokasi dan segala keperluan berkaitan termasuk peruntukan untuk melaksanakan pembinaan Taman Tukun Keputeraan,” katanya.

Menurutnya, Taman Tukun Keputeraan bakal menjana kesejahteraan keluarga dan komuniti nelayan melalui peningkatan perolehan hasil laut dengan wujudnya kawasan pembiakan ikan yang baik.

Katanya, usaha itu selaras dengan teras kelima (Salaaman) dalam Pelan Induk Transformasi Ummah (Pintu),” katanya. [SINAR HARIAN]

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Apa kementerian buat atasi masalah suami abai nafkah?

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff melahirkan kebimbangan terhadap kadar penceraian yang semakin tinggi pada awal usia perkahwinan kurang dari lima tahun, khususnya membabitkan pasangan Melayu Islam. Katanya, soal penceraian ini akan menimbulkan masalah terutama anak-anak yang akan terabai apabila tuntutan nafkah tidak dilaksanakan walaupun mendapat […]

Subscribe US Now