MAAHAD MUHAMMADI LELAKI- SEKOLAH DALAM TAMAN

webmaster

oleh Dr Izani Husin

Tahniah kepada warga Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu kerana telah memberikan imej yang baik kepada negeri Kelantan dengan meletakkan pendidikan yang membanggakan di peringkat kebangsaan. Teruja apabila pengetua meletakkan satu visi yang jelas, iaitu menjadikan sekolah ini sebagai sekolah yang terbaik dari segi akademik dan sahsiah.

Hari ini pula, kita ingin menjadikan sekolah sebagai tempat pendidikan awal dalam melaksanakan kempen kebersihan. Ini adalah visi baru dalam mewujudkan suasana yang kondusif dan semestinya perlu disokong dengan aktiviti dan program ke arah misi tersebut.

Sekolah dalam taman ini bukan sahaja bermaksud memiliki pokok yang banyak semata, tetapi juga berdisiplin dalam penjagaannya dan bijak dalam mengendalikan pengasingan sampah.Sekiranya amalan ini menjadi kebiasaan ianya akan mengurangkan kos penyelengaraan pada sesebuah sekolah.

Saya mengimpikan sekolah dalam taman berjaya direalisasikan dengan kerjasama semua pihak samada pihak berkuasa tempatan, warga sekolah dan yang penting sekali penglibatan pelajar-pelajar sekolah sendiri kerana anak-anak ini akan menjadi agen perubahan kepada kebersihan. Tahniah atas usaha yang digerakkan ini.- FB YB DR IZANI HUSIN 16/01/2020

*#KELANTANKUBERSIH*
*#JUPOSAPOHKUTIP*
*#JANGETOHOKKOKSEY*

Sumber: https://www.facebook.com/drizani/posts/1445792088918012

 

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

U-BES RANGKA LEBIH 200 AGENDA SEPANJANG 2020

oleh Norzana Razaly Urusetia Belia dan Sukan Negeri Kelantan (U-BeS) merancang lebih 200 agenda sepanjang 2020 bersempena 15 tahun usia U-BeS berteraskan satu jenama khas beridentiti islamik, berciri dinamik dan bergaya futuristik melibatkan kerjasama secara bersepadu dan berkolaboratif dengan agensi-agensi lain bagi menjayakan semua program supaya lebih efisyen, menjimatkan guna […]

Subscribe US Now