MAIK bincang tangani kebakaran

Kota Bharu: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) akan mengadakan pertemuan dengan pengurusan pondok dan maahad tahfiz di negeri ini untuk menangani kejadian kebakaran di institusi terbabit.

Timbalan Yang Dipertua nya Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi berkata, langkah itu diambil susulan kebakaran yang semakin meningkat di institusi berkenaan sejak kebelakangan ini.

Kami faham banyak pondok dan maahad tahfiz yang dibangunkan secara suka-rela dan sudah tentu berdepan kekangan kewangan.

“Dalam masa terdekat, MAIK akan berjumpa dengan pengurusan pondok dan maahad tahfiz bagi menangani risiko kebakaran yang kerap berlaku di institusi berkenaan,” katanya

-Harian Metro

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment