Maik peruntuk RM280,500 bantu mangsa ombak besar

webmaster

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) memperuntukkan RM280,500 bagi membantu 17 mangsa bencana ombak besar Laut China Selatan di Kampung Pulau Kundur di sini, Januari lalu.

Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM266,000 diperuntukkan untuk membina tujuh buah rumah yang rosak, manakala RM14,500 sebagai bantuan kewangan.

“Tujuh rumah berkenaan akan dibina di tanah wakaf milik MAIK berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Kundur, seluas satu hektar dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu Dr Nik Mohd Azlan bersama Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengiringi Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, menyampaikan bantuan itu kepada mangsa tersebut.

Nik Mohd Azlan berkata MAIK akan mempercepatkan proses pembinaan rumah berkenaan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan.

Sementara itu, Ahmad berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan akan membina benteng penghadang ombak di sepanjang pantai kampung tersebut. – Bernama

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tolak Najib: Pas tetap mahu guna PRU

KUALA TERENGGANU – Pas sekali lagi mengulangi pendirian untuk menunggu tempoh pilihan raya bagi menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya tetap dengan pendirian itu walaupun pemimpin Pakatan Harapan dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak Najib berundur melalui […]

Subscribe US Now