MAIK TERIMA PENARAFAN 5 BINTANG NAZIRAN

KOTA BHARU – Permulaan tahun 2023 melakar sejarah baharu buat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) apabila sekali lagi berjaya menerima Anugerah Penarafan 5 Bintang bagi Insentif Pencapaian Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran (Naziran) bagi tahun 2022.

Penghargaan tersebut diterima bersempena Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 dan Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kelantan yang berlangsung pada 5 Januari 2023 lalu bertempat di Dewan Utama Kompleks Islam Kota Darul Naim.

Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato’ Ahmad Yakob kepada Setiausaha MAIK bagi mewakili Timbalan Yang Dipertua MAIK Encik Muhamad Rasani Ramli.

#ViraliyatBerita9pg

Pautan: MAIK TERIMA PENARAFAN 5 BINTANG NAZIRAN

(Visited 10 times, 2 visits today)

Add Comment