MAIN, portal hadapi kesan perubahan iklim

webmaster

oleh Che Maziah Mat.

PUTRAJAYA, 5 Jun: Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dengan kerjasama Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) membangun portal Malaysian Adaptation Index (MAIN) menggunakan teknologi BDA yang mampu memberi maklumat segera dan responsif terhadap kesan perubahan iklim.

Menteri Alam Sekitar dan Air, YB Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan perkara itu selepas menyempurnakan Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia bertemakan ‘Ecosystem Restoration’ melalui aplikasi zoom di pejabatnya di sini.

NAHRIM terus meneraju usaha Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals) dan Perjanjian Iklim Paris 2015 dengan pelbagai program kajian dan produk saintifik seperti unjuran perubahan hidroiklim dan peningkatan aras laut di Malaysia sehingga 79 tahun akan datang.

Tuan Ibrahim sebelum itu melancarkan Pelan Strategik Tahun 2020-2030: Kelestarian Alam Sekitar yang dijangka mampu menetapkan hala tuju strategik bagi mencapai visi dan misi kementerian selain mencapai matlamat negara.

“Pelan Strategik ini dibangunkan berpandukan tiga kerangka utama yang diterjemahkan kepada hala tuju dan strategi KASA bagi tempoh 10 tahun bermula tahun 2020 hingga 2030. Ia merangkumi Rancangan Malaysia yang meliputi agenda kerajaan, dasar semasa kerajaan dan juga agenda pembangunan mampan negara melalui Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).”

Dalam majlis yang sama, beliau turut melancarkan buku ‘Climate Change Adaptation Framework for Water Sector’ terbitan NAHRIM.

“Buku ini menggaris kerangka perancangan dan strategi pelaksanaan perubahan iklim bagi pengurusan sumber dan perkhidmatan air serta bencana yang akan digunapakai dalam penyediaan dan pembangunan Pelan Adaptasi Nasional.

Ia juga menjadi rujukan kepada semua pemegang taruh yang terlibat dalam sektor berkaitan samada di agensi kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan, saintis dan akademik,” tambahnya.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Penyakit LSD- Kawalan di sempadan diperketatkan

oleh Nik Azman Nik Mustafa KOTA BHARU, 6 Jun: Kerajaan Negeri Kelantan mengambil langkah mengetatkan kawalan di sempadan negeri ekoran penularan penyakit kulit kental atau Lumpy Skin Disease (LSD) yang dilaporkan menyerang haiwan ruminan di negara ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, YBM […]

Subscribe US Now