Majlis Iftar Perdana Intervarsiti bersama mahasiswa/siswi

webmaster

KUALA LUMPUR– YB Dato Panglima Perang Dato’ Hj Mohd Nassuruddin Hj. Daud dalam majlis Iftar Perdana Intervarsiti yang telah diadakan di Kompleks PerdanaSiswa, Universiti Malaya.

Turut hadir sama YB Hj. Zuraidin Bin Abdullah, ADUN Chetok dan YBrs Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. YB Dato’ telah memberi ucapan dan mengkupas berkaitan perang Badar yang dilalui oleh tentera Islam di bulan Ramadhan dan YB Dato’ juga menyampaikan peringatan dan nasihat berkaitan Lailatul Qadar kepada hampir 250 orang mahasiswa/siswi yang hadir.

Penyertaan mahasiswa/siswi ini adalah daripada beberapa Universiti sekitar Lembah Klang termasuk USIM dan beberapa IPTA/IPTS lain lagi. Dalam majlis ini juga YB Dato’ telah menyampaikan sijil penghargaan kepada semua wakil universiti-universiti yang terlibat dalam menjayakan program ini.- FB Majlis Tindakan DUN Meranti 24/5/2019

Sumber: https://www.facebook.com/mtdmeranti/posts/1240194019480182

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PKINK Rai Pelajar PERKIM

KOTA BHARU – Selain mementingkan kebajikan rakyat, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) turut memberi perhatian dan keutamaan kepada saudara baru di negeri ini. Seperti tahun sebelumnya, PKINK sekali lagi meraikan pelajar-pelajar Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) P Chepa. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab. Aziz Yunus berkata, sempena bulan […]

Subscribe US Now