Majlis Pecah Tanah Projek Rel Laluan Pantai Timur ( ECRL )

PAHANG– YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan hadir di Majlis Pecah Tanah Projek Rel Laluan Pantai Timur ( ECRL ) di Kuantan, Pahang yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Menteri Besar Terengganu dan menteri kabinet yang lain.

Projek ini akan menghubungkan Lembah Klang terus ke Kota Bharu melalui jajaran pelabuhan Kuantan dan Kemaman. Tiga buah stesyen akan dibina di Kelantan, iaitu Kota Bharu, Jelawat dan Tok Bali untuk fasa pertama. Jarak perjalanan daripada Kota Bharu ke stesyen ITT Gombak hanya mengambil masa 4 jam. Semoga ia dapat memberi manfaat besar kepada ekonomi dan pembangunan untuk rakyat Kelantan khususnya.- FB DATO’ AHMAD YAKOB

(Visited 5 times, 1 visits today)

Add Comment