TUMPAT: Lensa sekitar Majlis Pelancaran Majalah Pelancongan kepada Wat-wat di Kelantan yang disempurnakan pelancarannya oleh YB Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negwei.
Majalah tersebut diterbitkan oleh China Press hasil sumbangan daripada Kerajaan Negeri Kelantan bagi menyemarakkan lagi kempen Tahun Melawat Kelantan 2020.
Inisiatif ini adalah diantara langkah untuk mempromosikan industri pelancongan kepada masyarakat bukan Islam.
Walaupun Kelantan ditadbir di bawah Dasar Membangun Bersama Islam, masyarakat bukan Islam tetap dapat mengamalkan kepercayaan masing-masing dengan aman dan harmoni.
Majlis tersebut diadakan di Wat Prakchumchonawa Siklaloy Mentua, Pengkalan Kubor, Tumpat dan turut dihadiri oleh YB Ustaz Haji Wan Roslan Wan Hamat, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan merangkap ADUN Pengkalan Kubor.- FB MEJAR DATO’ MD ANIZAM AB RAHMAN 15/01/2020
Sumber: https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2247422588885013&id=1525971781030101