Majlis Penyampaian Ganjaran Penghulu Bersara 2018

KOTA BHARU– Seramai 121 orang lebih mantan penghulu telah diberi penghargaan oleh Kerajaan Negeri dalam satu majlis yang telah diadakan di Dewan Teratai Kompleks Kota Darul Naim. Penghargaan ini diberikan kepada mantan-mantan penghulu yang telah lama berkhidmat dalam membantu kerajaan serta menjadi orang perantaraan  bagi anak mukim di kawasan masing-masing sehingga tamat tempoh pada Disember 2018. Penerima masing-masing menerima ganjaran wang tunai serta sijil penghargaan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan bagi mewakili YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar yang mempunyai urusan luar yang tidak dapat dielakkan. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan ucapan penghargaan kepada semua penghulu kerana telah menjalankan amanah dan tanggungjawab yang baik sepanjang memikul tugas sebagai penghulu. Sesungguhnya ganjaran yang diberikan ini tidak setimpal dengan kerahan tenaga yang telah diberikan dalam menyelesaikan banyak perkara yang timbul di kalangan anak mukim. Walaubagaimanapun kesemua penghulu tidak mempunyai masalah dengan ADUN masing-masing.

Menurutnya, hasrat YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar supaya penghulu memberi perhatian lebih kepada gejala sosial yang amat membimbangkan terjadi dikalangan anak muda dan dewasa kini. Banyak punca yang menjurus ke arah kerosakan gejala sosial, antaranya ialah kurang pendedahan ilmu agama serta bimbingan daripada ibu-bapa. Remaja hari ini, lebih suka dengan budaya melepak serta bergaul dengan rakan sebaya yang semakin hari kian menjadi-jadi sehingga membimbangkan banyak pihak. Sikap masayarakat kita yang ‘tidak mahu menjaga tepi kain orang’ haruslah diubah. Masyarakat  sepatutnya prihatin dengan melaporkan segala kegiatan salah laku yang melibatkan golongan remaja kepada pihak yang berkuasa dan juga penghulu mukim.

Beliau menyeru supaya kesemua penghulu yang telah bersara ini terus menjadi orang tengah bagi kerajaan dan terus menyumbang pengalaman serta kebajikan kepada kesemua penghulu lantikan yang baru. Majlis turut dihadiri oleh Anggota EXCO Kerajaan, YB Mejar (B) Dato’ Haji Md. Anizam B. Ab. Rahman, YB Dato’ Haji Hanifa B. Ahmad, YB. Sr. Hj. Azami B. Mohd Nor serta Pengarah Urusetia Majlis Penghulu Negeri Kelantan.- UPKN KELANTAN 17/4/2019

(Visited 7 times, 1 visits today)

Add Comment