Majlis Sukan dapat peruntukan RM1 juta

webmaster

KOTA BHARU: Selama 28 tahun penguasaan mutlak Umno terhadap Majlis Sukan Negeri (MSN) berakhir selepas selepas parti itu gagal mempertahankan kerajaan persekutuan pada 9 Mei lepas.

Kemunculan Malaysia Baharu di bawah Pakatan Harapan mengembalikan semula kuasa yang dipiinggirkan sejak Oktober 1990.

Hari ini kerajaan negeri mengumum memperuntukkan sebanyak RM1 juta kepada MSN dalam Belanjawan Kelantan 2019.

Ia sebagai menyambut baik langkah kerajaan persekutuan menyerahkan agensi itu kepada kerajaan negeri.

Menteri Besar, Ustaz Dato Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, urusan pengambilalihan itu dijangka akan disempurnakan menjelang tahun 2019.

“Kerajaan Persekutuan kini dalam proses akhir untuk menyerahkan MSN untuk diuruskan di bawah kerajaan negeri.

“Bagi tujuan itu sebanyak RM1 juta diperuntukan kepada MSN dan kita harap agar MSN di bawah pentadbiran baru dapat mengangkat martabat sukan dan atlet Kelantan,” katanya ketika membentang Belanjawan Kelantan 2019 pada persidangan Dun hari ini. – HARAKAHDAILY 29/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8556-majlis-sukan-dapat-peruntukan-rm1-juta

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Adun BN akui diugut sertai Bersatu

KOTA BHARU: Sehingga sekarang tiada cawangan atau bahagian Umno yang dibubarkan selepas lima bulan parti itu kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas. Ketua Pembangkang Dun Kelantan, Dato’ Md Alwi Che Ahmad sebaliknya berkata, apa yang berlaku sekarang wakil rakyat BN bukan sahaja diugut, malah dicincang hidup-hidup oleh Bersatu. “Kemudian meminta […]

Subscribe US Now