Majlis Tindakan Air hadapi musim kemarau

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan negeri mewujudkan Majlis Tindakan Air Jajahan (MTAJ) sebagai langkah menghadapi musim kemarau, bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Azami Mohd Nor ketika lawatan ke kilang paip di Selangor.Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utiliti negeri, Dato’ Azami Mohd Noor berkata, seramai 12 wakil rakyat dilantik mempengerusi MTAJ.

Menurutnya, kerajaan negeri bersedia untuk menghadapi situasi tersebut walaupun paras air sungai di Kelantan belum melepasi paras kritikal lagi sekarang.

“Jadi kalau timbul masalah mereka akan menyelesaikan masalah di peringkat jajahan terlebih dahulu, kalau tidak selesai boleh diangkat kepada negeri.

“Punca bekalan air AKSB didapati dari sumber sungai, air bawah tanah dan air tandak.

“Air sungai belum lagi mengalami kekurangan lagi tetapi kita bersedia dengan situasi kemarau sekarang,” katanya selepas taklimat langkah menghadapi musim kemarau di kediaman rasmi Menteri Besar di sini hari ini. – HARAKAHDAILY 6/3/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10036-majlis-tindakan-air-hadapi-musim-kemarau

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Ucapan Terima Kasih Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia Di Atas Persetujuan Meluluskan Lima Projek Pembangunan Negeri Kelantan Bagi Tahun 2019 Yang Menelan Belanja Rm1.4 Bilion

1. Kerajaan Negeri Kelantan bersyukur kehadrat Allah SWT serta merakamkan jutaan terima kasih kepada YAB Tun Dr Mahathir Mohamed Perdana Menteri Malaysia yang telah bersetuju meluluskan lima projek utama pembangunan Negeri Kelantan yang dianggarkan memakan belanja RM1.4 bilion. 2. Kerajaan Negeri Kelantan juga turut merakamkan ucapan terima kasih di atas […]

Subscribe US Now