‘Mak saya boleh tulis, baca jawi’

webmaster

SEMERAK – Masyarakat Tionghoa khususnya di Pekan Cherang Ruku di sini, merasakan perhubungan mereka dengan masyarakat Melayu terus kukuh kerana kaum majoriti itu turut meraikan sambutan Tahun Baharu Cina.

Penduduk asal Cherang Ruku, Sim Beng Hwa, 63, berkata, perhubungan baik antara Cina dan Melayu di pekan itu wujud sejak dahulu lagi dan semangat lama itu terus dihidupkan.

Katanya, dia masih mengingati bagaimana mendiang ibunya, Aut Mek Chiw sering menolong orang Melayu memasak untuk jamuan di masjid bersebelahan rumahnya serta memberikan makanan untuk dimakan selepas kuliah.

“Emak saya bukan sahaja boleh menulis dan membaca jawi dengan baik, malah, turut terlibat dalam kerja-kerja penyediaan jamuan makan di masjid. Ini gambarannya apa yang saya maksudkan dengan semangat lama dan saya gembira kerana perhubungan kaum di sini terus kukuh,” katanya.

Katanya, emaknya yang meninggal dunia 13 tahun lalu pada usia 72 tahun. Mendiang ibunya sanggup menyediakan satu kawah bubur asyura bagi memeriahkan program sambutan Maal Hijrah di masjid tersebut.

“Saya turut menadah telinga mendengar kuliah agama di masjid, sebab itulah saya mengetahui hukum-hukum asas dalam Islam dan kerana berkawan dengan orang Melayu, saya sanggup berpuasa kerana menghormati mereka,” katanya ketika menerima kunjungan Penyelia

Dun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim yang menyampaikan sumbangan hamper dan ang pau kepada warga Cina di Cherang Ruku, kelmarin.

Wan Hassan ketika ditemui berkata, setiap tahun beliau meraikan kaum Cina menyambut tahun baharu mereka.

“Hari ini saya menziarahi 20 keluarga di Pekan Cherang Ruku, mengagihkan limau mandarin kepada semua keluarga Tionghoa, menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan mengagihkan angpau kepada kanak-kanak, seperti tahun-tahun sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, generasi ketujuh yang ada pada hari ini mesti meneruskan semangat perpaduan nenek moyang mereka serta menjalani kehidupan tanpa prasangka terhadap pemerintah Islam.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tiada Cinema dari TGV & GSC di Kelantan

AEON MALL Kota Bharu Bakal di buka seawal bulan 4 tahun ini. Kerajaan Negeri Kelantan masih kekal pendirian dengan tidak membenarkan sebarang pawagam di buka kepada umum. Syarat-syarat ketat mesti dipatuhi dan ianya salah satu sebab syarikat pawagam mengambil langkah menarik diri dari membuka pawagam di negeri ini. Antara syarat-syarat […]

Subscribe US Now