Makanan: B40 belanja lebihi pendapatan

webmaster

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyatakan langkah mengatasi peningkatan harga makanan di kawasan bandar utama yang memberi kesan terhadap golongan B40.

Katanya, kos sara hidup di bandar lebih tinggi berbanding di luar bandar menyebabkan golongan B40 terpaksa berbelanja melebihi pendapatan mereka.

Tambah beliau, kerajaan melalui Menteri Kewangan merancang bagi mewujudkan penggunaan indek kos sara hidup sebagai panduan bersama dengan indeks harga pengguna, bagi mengukur keadaan sebenar ekonomi rakyat.

“Apakah pertimbangan yang akan dilakukan oleh pihak kementerian dalam ukuran kos sara hidup tersebut dalam mengambil kira variasi perbandaran dan pendapatan golongan B40,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Kata Nik Abduh, hal ini penting kerana melibatkan strategi polisi supaya lebih komprehensif sebagai menangani masalah inflasi.

Timbalan KPDNHEP, Chong Chieng Jen berkata, kementeriannya telah mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat khususnya berkaitan harga barangan.

Namun Chieng Jen berkata kerajaan masih belum memuktamadkan faktor yang diambil kira dalam indeks kos sara hidup malah masih mempertimbangkan cadangan kos sara hidup antara bandar dan luar bandar. – HARAKAHDAILY 27/3/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10389-makanan-b40-belanja-lebihi-pendapatan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Dana kepada SIS jelaskan 'posisi' Kerajaan PH

SAYA merasa sesak dada melihat Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta beberapa rakan bersungguh-sungguh mempertahankan bantuan kewangan yang telah diberikan kepada Sisters in Islam (SIS). Alasan mereka konsisten; SIS telah berjaya menolong lebih 8,000 wanita yang dizalimi dan dianiaya. Mereka tidak kisah sama ada SIS ada isu dengan […]

Subscribe US Now