Maklum balas isu anak syarikat Ladang Rakyat Kelantan

webmaster

Maklum balas isu anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan yang dibangkitkan oleh Adun Salor

1. Ladang Rakyat ditubuh pada tahun 2006 dan anak syarikat ditubuh sekitar tahun 2008, termasuk syarikat Ladang Rakyat Project Management Sdn. Bhd.

2. Penutupan 4 anak syarikat adalah kerana kerugian operasi, sesuatu yang lumrah dalam perniagaan dan tiada yang mencurigakan dari penutupan anak syarikat ini kerana Ladang Rakyat telah menerima Anugerah Kecemerlangan Indeks Akauntabiliti yang dianugerah oleh Ketua Audit Negara bagi tahun 2015.

3. Syarikat Ladang Rakyat Project Management Sdn. Bhd. adalah anak syarikat yang mengurus ladang di Paloh 4 seluas 954 ekar bermula pada tahun 2010. Kerugian sebanyak RM8j lebih adalah kerana perbelanjaan modal pembangunan ladang, namun syarikat mula meraih pendapatan pada tahun 2014.

4. Modal pembangunan ladang yang dibelanjakan adalah dari dana dalaman, tanpa sesen pinjaman bank ataupun bantuan kewangan secara langsung dari kerajaan negeri dan adalah mustahil untuk meraih keuntungan bersih dari pelaburan RM8j berkenaan dalam tempoh 7 tahun sedangkan kelapa sawit hanya mula keluarkan hasil tahun 2014.

5. Syarikat boleh sahaja membuat keuntungan segera sama ada dengan membuat pinjaman bank secara overbajet atau menjual sebahagian tanahnya yang luas dan isytihar bonus hingga mencecah 6 bulan, sebagaimana pernah dibuat sesetengah syarikat sebelum ini.

6. Untuk makluman, ADUN yang membangkitkan perkara ini pernah menjadi ahli lembaga Ladang Rakyat dari penubuhannya sehingga tahun 2012, mungkin lebih mengetahui ehwal dalaman perbadanan dalam tempoh berkenaan.

Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan
29 Julai 2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Isu penasaban anak tak sah taraf kepada bapa biologi

FIRMAN Allah SWT: وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓۖ إِنَّهُۥ كَانَ فَٰحِشَةٗ وَسَآءَ سَبِيلٗا Maksudnya: Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. (Al-Isra’: 32) Perbincangan berkaitan anak tak sah taraf semakin menjadi polemik mutakhir ini apabila perbincangan berlandaskan disiplin ilmu dan ketetapan hukum yang disepakati […]

Subscribe US Now