Malam 1 Ramadan di Kota Bharu seperti raya

webmaster

MALAM 1 Ramadan di Kota Bharu seumpama menjelang sambutan raya, apabila kenderaan bertali arus ke pusat bandar.

Tempat tumpuan di Madinah Ramadan di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV dan Masjid Muhammadi. Khemah besar di Madinah Ramadan penuh dengan kehadiran orang ramai.

Lengkap dengan landskap kolam takungan air dan pokok kurma serta bungaan menceriakan lagi Madinah Ramadan sebagai lokasi tarikan pelancong sempena Ramadan di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mamood berkata, pihaknya turut bercadang menempatkan unta di lokasi itu.

“Landskap taman di Madinah Ramadan akan dipindahkan ke Bulatan Tuan Padang selepas ini sebagai lokasi kekal,” katanya pada slot tazkirah di Madinah Ramadan malam tadi.

Sebelum itu solat tarawih diimamkan pensyarah Universiti Malaya, Dr Lokman Ibrahim, yang juga pakar bidang qiraat.

Kelainan Madinah Ramadan kali ini di mana akan menghimpunkan pakar-pakar dan qari yang berasal dari Kelantan.

Selain itu turut diadakan Daurah al-Quran yang bermula jam 8.30 am sehingga Zohor setiap hari di lokasi tarawih tersebut.

Lebih 100 peserta mendaftar menyertai daurah tersebut bagi mendalami bacaan al-Quran dan kupasan ayat-ayat yang dibaca.

Abdul Fattah juga berkata  kerajaan negeri akan menganjur program bersahur bersama anak muda di Madinah Ramadan.

“Anak-anak muda akan berkonvoi dengan motosikal dari masjid-masjid tertentu dan mereka akan bersahur di Madinah Ramadan,” ujarnya.

Beliau juga memberitahu pihaknya akan memberi kupon kepada orang ramai yang membuang sampah dalam kuantiti tertentu di tong yang disediakan.

Kupon tersebut boleh ditukar di kedai Dua Ringgit, ia sebagai kempen untuk menjadikan Kelantan bersih.

Hadir sama malam tadi anggota parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan dan Yang Dipetua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Datuk Mohd Zamri Ismail.

Solat tarawih juga diimamkan Sheikh Yasin Sharkawi dari Mesir. Program qiamulail pula bermula jam 3 pagi. – HARAKAHDAILY 27/5/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Buang sampah, tebus barang

KOTA BHARU – Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) mengambil inisiatif tersendiri dengan memperkenalkan konsep ‘buang dan tebus’ sebagai menggalakkan orang ramai menjaga kebersihan. Melalui kerjasama dengan sebuah syarikat tempatan, Kitar Pro Managment, setiap sampah kitar semula yang dibuang di tong yang direka khas, mereka akan dapat membuat tebusan berbentuk […]

Subscribe US Now