Malaysia masih bergantung pendapatan industri judi?

KUALA LUMPUR: Kerajaan dilihat terus bergantung kepada pendapatan daripada industri judi apabila terus menaikkan cukai fi dan levi atas sektor tersebut, demikian kemuka Dato’ Takiyuddin Hassan (PAS – Kota Bharu).

Menurutnya, ketika aktiviti judi haram diperangi, kerajaan seolah-olah menggalakkan pula perjudian dengan kenaikan fi kepada kasino dan premis atau perniagaan judi yang dilesenkan.

“Lesen kasino dinaikkan dari RM120 juta kepada RM150 juta setahun. Duti kasino dinaikkan daripada 55 peratus kepada 55.5 peratus ke atas pungutan bersih. Lesen mesin dealer dinaikkan dari RM10 ribu kepada RM50 ribu setahun.

“Duti mesin judi dinaikkan 20 peratus kepada 30 peratus atas kutipan kasar cabutan khas dikurangkan sebanyak 50 peratus,” ujarnya pada perbahasan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat di Parlimen, di sini kelmarin dahulu.

Katanya, apabila industry tersebut dikenakan bayaran lebih tinggi, mereka akan mempertingkatkan aktiviti-aktiviti perjudian yang mungkin melibatkan semua rakyat, secara online ataupun offline.

Beliau mempersoalkan sama ada kerajaan menghadkan kegiatan perjudian ini daripada lesen yang diberikan atau mungkin membenarkan aktiviti secara online.

Dalam perbahasan tersebut, beliau juga membangkitkan mengenai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang kini hanya mempunyai Pengerusi setelah lainnya meletakkan jawatan beramai-ramai.

Beliau turut memberi bayangan tidak akan menyokong Bajet tersebut yang mengabai dan tidak mengadakan pembangunan seimbang untuk Pantai Timur.

“ECRL telah digantung oleh Kerajaan buat sementara dan yang penting terminal airport Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu walaupun telah dicadangkan dalam Bajet 2018, nampaknya dalam bajet ini tidak ditimbulkan langsung.

“Kemudian lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai, walaupun disebut oleh Yang Amat Berhormat Langkawi dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, tetapi nampaknya tidak ada di dalam Bajet 2019,” kesalinya. – HARAKAHDAILY 18/11/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8769-malaysia-masih-bergantung-pendapatan-industri-judi

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment