Mangsa banjir dapat rumah sumbangan Selangor

1509232_1651419151759112_1933704075830431927_n

Kuala Krai : Mangsa banjir yang sudah sekian lama mendiami khemah dan bangsal, sudah tidak sabar lagi untuk menduduki rumah baru mereka, bertempat di Desa Darul Ehsan yang disumbangkan oleh Kerajaan Selangor setelah membabitkan kos sebanyak RM 5-7 juta pembinaannya.

Rumah yang dilengkapi dengan tiga bilik tidur, sebuah tandas, dapur dan ruang tamu itu dibina dikawasan seluas enam ekar, terletak di tepi jalan raya Gua Musang-Kuala Krai adalah dilihat sebagai lokasi yang strategik.

Projek tersebut dikendalikan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan pemantauan Lembaga perumahan Selangor dan kerajaan Negeri. Penempatan baru yang dibina sebanyak 60 unit tersebut dijangka dapat diduduki sepenuhnya pada pertengahan ogos hadapan. Ini adalah kerana fasa pertama sebanyak 30 unit sedang lagi giat dibina.

Penempatan yang dikenali sebagai Desa Darul Ehsan diambil bersempena dengan nama negeri Selangor Darul Ehsan. Ia diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmi Ali pada majlis penyerahan kunci projek berkenaan di Simpang Tiga Kuari Manik Urai semalam.

Pada majlis tersebut juga, beliau turut mengummumkan pemberian sumbangan sebanyak Rm1 Juta untuk proses membantu pemulihan mangsa banjir di Negeri Kelantan. Beliau berkata, Sultan Selangor juga turut memperkenankan Perbadanan Zakat Selangor bagi membangunkan lagi sebuah penempatan mangsa banjir di Kelantan.

“pakatan rakyat di Selangor melahirkan rasa bertanggungjawab bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan. Rakyat Selangor turut juga merasai musibah banjir yang berlaku di negeri ini pada akhir tahun yang lepas. Menteri Besar Kelantan ada daya tahan mengurus dan mentadbir negeri dalam keadaan musibah banjir yang melanda,”  katanya pada majlis berkenaan.

Menurutnya lagi Selangor amat berharap setiap rakyat akan mendapat pembelaan yang adil daripada kerajaan.-CheqMazz

(Visited 6 times, 1 visits today)

Add Comment