Mangsa kebakaran ditempatkan di PPR

KOTA BHARU: Mangsa kebakaran di Kampung Dusun Raja, Jalan Sri Cemerlang di sini semalam akan ditempatkan di Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, ia sebagai usaha membantu mangsa kebakaran yang kehilangan rumah pada kejadian Sabtu lepas.

Katanya, buat masa sekarang kebanyakan mangsa menumpang di rumah saudara mara atau jiran.

“Kerajaan negeri memberikan sumbangan melalui Tabung Serambi Mekah kepada mangsa bagi meringankan beban. Selain itu bantuan daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam,” ujarnya selepas melawat mangsa dan lokasi kebakaran semalam.

Pada kejadian jam 8 malam itu, 20 rumah di kawasan setinggan itu hangus.

Daripada jumlah itu hanya 10 daripadanya berpenghuni manakala selebihnya rumah kosong. – HARAKAHDAILY 1/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8275-mangsa-kebakaran-ditempat-di-ppr

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
19Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment