Mangsa kebakaran ditempatkan di PPR

webmaster

KOTA BHARU: Mangsa kebakaran di Kampung Dusun Raja, Jalan Sri Cemerlang di sini semalam akan ditempatkan di Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, ia sebagai usaha membantu mangsa kebakaran yang kehilangan rumah pada kejadian Sabtu lepas.

Katanya, buat masa sekarang kebanyakan mangsa menumpang di rumah saudara mara atau jiran.

“Kerajaan negeri memberikan sumbangan melalui Tabung Serambi Mekah kepada mangsa bagi meringankan beban. Selain itu bantuan daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam,” ujarnya selepas melawat mangsa dan lokasi kebakaran semalam.

Pada kejadian jam 8 malam itu, 20 rumah di kawasan setinggan itu hangus.

Daripada jumlah itu hanya 10 daripadanya berpenghuni manakala selebihnya rumah kosong. – HARAKAHDAILY 1/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8275-mangsa-kebakaran-ditempat-di-ppr

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan tidak benar premis syisya

KOTA BHARU: Kerajaan negeri tidak berkompromi dengan premis yang mengendalikan perniagaan syisya bagi mengekang penularan gejala sosial. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, pada mesyuarat Exco sebelum ini kerajaan negeri membuat keputusan tidak membenarkan perniagaan syisya beroperasi. (Foto atas: Angkat sumpah YDP Majlis Daerah Gua Musang, Mohamed […]

Subscribe US Now