Mangsa kebakaran terima Tabung Serambi Mekah

webmaster

KOTA BHARU: Enam mangsa kebakaran di Taman Maju pagi semalam menerima sumbangan segera daripada kerajaan negeri.

IMG-20160330-WA0065Bantuan awal daripada Tabung Serambi Mekah disampaikan Adun Bunut Payong, Dr Ramli Mamat.

Setiap mangsa menerima bantuan sebanyak RM1,000 bagi meringankan sedikit bebanan ditanggung mereka.

“Kerajaan negeri menyampaikan bantuan awal sebanyak RM6,000 kepada enam mangsa yang terbabit dalam kebakaran rumah kedai tersebut,” katanya yang juga anggota Exco di sini.

Selain itu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula memberi bantuan bagi membolehkan mangsa membeli peralatan termasuk tikar dan selimut.

IMG-20160330-WA0058Bantuan itu disampaikan anggota Exco kerajaan negeri, Mumtaz Md Nawi.

Mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu termasuk pemilik kedai peralatan kenderaan, bengkel kereta dan peralatan elektrik.

Kebakaran itu dipercayai cepat merebak kerana struktur bangunan dibuat daripada kayu dan merupakan bangunan lama. –HARAKAHDAILY 29/3/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

RM500 untuk pelajar cemerlang

SEMASA@Kelantan Edisi 30 Mac 2016 – Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan ganjaran RM500 kepada pelajar cemerlang bagi kategori SPM, STAM dan STPM Silakan share jika bermanfaat....Facebook0TwitterPrint

Subscribe US Now