Mangsa kebakaran terus dibantu

TUMPAT – Dua keluarga mangsa kebakaran di Kampung Dusun Langgar menerima bantuan Tabung Serambi Makkah.

Setiap keluarga berkenaan menerima RM1,000 yang disampaikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Ahmad berkata, sebanyak RM2,000 disalurkan kepada dua keluarga tersebut bagi membantu meringankan beban mereka.

“Sedikit sumbangan untuk membantu dua keluarga ini, semoga mereka tabah menghadapi ujian, mujurlah semuanya selamat,” katanya.

image-5
Ahmad menyampaikan wang bantuan Tabung Serambi Makkah kepada salah seorang keluarga mangsa kebakaran

Isnin lalu, Sinar Harian melaporkan seorang ibu sanggup bergadai nyawa meredah api demi menyelamatkan anaknya dalam kejadian kebakaran membabitkan dua rumah sewa di kampung Dusun Langgar, Wakaf Bharu.

Dalam kejadian itu, dua keluarga, Rozita Ramli, 34, dan jirannya, Abdul Talib Hasan, 44, merupakan warganegara Thailand tinggal sehelai sepinggang.

Sementara itu, Rozita berkata, dia sekeluarga menumpang di rumah ibu bersebelahan tapak rumah terbakar buat sementara waktu sebelum mencari rumah sewa yang sesuai.

“Keadaan masih lagi kelam kabut, buat sementara waktu kami menumpang di rumah mak dulu.

“Saya pun masih belum lagi membuat kuih kerana tidak membeli peralatan baru menggantikan barang yang rosak terbakar,” katanya.

Manakala keluarga Abdul Talib bersama isteri dan lapan anaknya tinggal di bangsal belakang rumah terbakar tersebut. [SINAR HARIAN]

(Visited 2 times, 1 visits today)

Add Comment