Mangsa rentung: Kelantan rakam takziah

webmaster

KERAJAAN negeri dan Dewan Muslimat PAS Kelantan merakam ucapan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan rentung di Km 25, Jempol, Negeri Sembilan Ahad lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Mumtaz Md Nawi menziarahi keluarga mangsa di Kampung Jelawat, Bachok malam tadi.

Pada kunjungan itu beliau turut menghulurkan sumbangan kepada keluarga mangsa.

Manakala Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusof berharap keluarga mangsa bersabar menerima dugaan yang amat perit itu.

Beliau berkata mudah-mudahan semua mangsa terlibat dicucuri rahmatNya.

“Ujian ini amat berat untuk kita hadapi, bagaimana pun itulah kehendak Ilahi,” ujarnya dengan nada sedih.

Pada kejadian malang tersebut lapan maut termasuk enam sekeluarga rentung dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Km 25 Jalan Bahau-Keratong, Jempol kira-kira jam 2.20 petang.

Mangsa terlibat, kakitangan JPN yang bertugas di Putrajaya, Wan Mohd Fauzi Wan Ibrahim, 51; isterinya, Masnoraida M Yusof, 45; dan anak-anak mereka, Wan Muhammad Muhaimin, 22; Wan Norathirah, 18; Wan Muhammad Amar Haziq, 13 dan Wan Noralesya, 7.

Seorang lagi anaknya Wan Muhmmad Hazim bagaimanapun tidak bersama mereka ketika ahli keluarganya menghantar adiknya ke Kolej Vokasional di Kuantan.

Turut meninggal dunia dalam kejadian itu sepasang suami isteri, Osman Mohamed Taip, 31 serta Rosniza Othman, 32, yang menaiki kereta Produa Myvi bersama seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang cedera.

Kesemua mangsa dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam, Seberang Jelawat, Bachok kira-kira jam 3.00 pagi.

Turut menunaikan solat jenazah Adun Jelawat, Abdul Azziz Kadir dan Adun Tawang, Datuk Hassan Mohamood. – HARAKAHDAILY 13/6/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tazkirah Ramadhan: Hanya dengan hati yang bersih

ISLAM adalah satu-satunya agama yang mempertegaskan hubungan langsung di antara Allah dan makhluk-Nya. Tiada perantaraan, bahkan perantaraan adalah syirik sepenuhnya. Syirik pula adalah kekufuran yang nyata. Agama-agama lain gagal mempertegaskan ini. Di antara Allah yang esa dengan makhluk-Nya (manusia) adalah orang-orang tengah atau perantaraan; tokong, berhala, api, matahari, anak tuhan […]

Subscribe US Now