Mangsa terus dibantu walau banjir berlalu

webmaster


RANTAU PANJANG:
Walaupun banjir di Kelantan sudahpun berlalu namun beberapa buah kampung masih digenangi air banjir, antaranya Kampung Kelawar, Kampung Banggol Kor, Kampung Banggol Nyior dan Kampung Lancan yang terletak dalam Dun Meranti.

Ekoran daripada itu, Anggota Parlimen Rantau Panjang, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, berperahu meredah banjir dari rumah ke rumah di kampung-kampung tersebut untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Turut serta dalam misi itu Anggota Jawatankuasa Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Negeri Kelantan, Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim, Yayasan Amal, Penghulu Mukim dan Briged Muslimat.

Menurutnya, hampir 200 keluarga masih menggunakan perahu untuk urusan harian kerana masalah itu.

Katanya, ia adalah fenomena yang sering berlaku setiap tahun apabila berlakunya banjir.

“Sebagai tanda simpati, sebagai tanda ingatan pada mereka, alhamdulillah kita kongsikan sumbangan ini pada mereka,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak jemu-jemu membantu dalam menangani masalah banjir dalam parlimen tersebut.

Katanya, sumbangan bentuk kewangan, tenaga, buah fikiran benar-benar dapat membantunya dalam menangani masaalah itu.

Pada masa yang sama Zailah memberitahu, penduduk kampung berkenaan hilang punca pendapatan apabila pokok getah yang ditoreh mereka lama terendam dalam air.

“Dianggarkan sebulan mereka tidak dapat menoreh kerana masalah hujan, banjir dan kini pokok-pokok getah masih digendangi air,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 31/1/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kampung Warisan tingkat ekonomi penduduk

TUMPAT: Usaha kerajaan negeri mewujudkan Kampung Warisan di Kampung Laut bagi meningkatkan lagi ekonomi penduduk tempatan. Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, industri serunding di kampung itu dapat diperkembangkan lagi melalui penyediaan prasarana yang lebih teratur. “Kampung Laut sudah lama dikenali masyarakat luar Kelantan dengan perusahaan serunding. […]

Subscribe US Now