MASALAH MENERIMA ‘SUMBANGAN’ KORPORAT

webmaster

oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

Kini telah menjadi satu trend agensi kerajaan memohon sumbangan dari syarikat korporat bagi membiayai pelbagai program kerajaan.

Dari satu aspek, memang semua syarikat korporat mempunyai tanggungjawab sosial (CSR) bagi membantu pihak kerajaan. Namun, apabila ia sampai ke tahap agensi kerajaan terpaksa tunduk kepada kehendak korporat, maka ia menjadi suatu ancaman.

Lebih malang bilamana syarikat korporat menjadi penaja kepada parti pemerintah.

Ingatlah dunia politik ini tiada benda percuma atau ‘No free lunch’, oleh itu penajaan sedemikian membuka kecenderungan kepada berlakunya kronisme dan amalan korupsi.

Tindakan kementerian dan agensi di bawahnya yang bergantung kepada sumbangan badan korporat dilihat menjadi punca wujudnya tekanan syarikat korporat kepada pihak kerajaan.

Barangkali inilah faktor utama yang menyebabkan Menteri Pendidikan terpaksa meletakkan jawatan apabila beliau berani menyusun semula kontrak-kontrak yang tersentuh kroni parti tertentu.

Kerajaan mesti mencari jalan bagi membiayai semua projek kementerian dan tidak lagi bergantung kepada sumber korporat.

PAS menggesa agar perkara ini dapat dipertimbangkan di dalam akta mengawal dana politik, yang nampaknya perlu disegerakan secepat mungkin untuk membendung kronisme and korupsi yang tidak pernah reda di dalam politik Malaysia.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
4 Januari 2020
9 Jumada I 1441 Hijri

Sumber: https://www.facebook.com/ustaztitm/posts/3580448108662170

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

MENTERI PENDIDIKAN MESTI ISLAM, MELAYU

KOTA BHARU: Individu yang layak mengantikan kekosongan jawatan Menteri Pendidikan merupakan orang Islam dan Melayu, kata Timbalan Presiden PAS Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Namun katanya kelayakan yang paling penting ialah hala tuju serta mempunyai komitmen bagi memperkasakan sistem pendidikan negara. “Kita tidak tahu siapa yang akan dilantik tetapi harapan […]

Subscribe US Now