MASIH AWAL TUBUH KERAJAAN CAMPURAN

webmaster

OLEH SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Masih terlalu awal untuk PAS dan Umno menubuh kerajaan campuran di negeri-negeri yang dikuasai kedua-dua parti.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, kerjasama Umno dan PAS yang dimeterai melalui Piagam Muafakat Nasional seumpama persefahaman secara rasmi.

Katanya, kerjasama itu masih awal dan hanya bersifat longgar.

“Muafakat Nasional lebih kepada MoU, kita meletakkan satu tanda secara rasmi memandangkan sebelum ini kerjasama tidak rasmi seperti dalam beberapa pilihan raya kecil.

“Apabila ditandatangani Piagam Muafakat Nasional kita rasmikan kerjasama. Ia lebih kepada garis panduan hubungan PAS dan Umno,” katanya yang juga Timbalan Menteri Kelantan selepas menghadiri majlis solat hajat pelajar Sekolah Menengah Agama Tarbiyah Mardhiah, Panchor di sini malam tadi.

Semalam, Pesuruhjaya PAS Perlis Mohd Shukri Ramli menjelaskan buat masa sekarang tiada keperluan untuk PAS turut menyertai pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) Perlis.

“Kecualilah ada keputusan di peringkat pimpinan tertinggi kedua-dua parti, maka kita kena akur,” katanya.

Rabu lepas, Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan Man berkata, kerajaan negeri sedia melantik wakil rakyat PAS untuk mengisi kekosongan Exco sekiranya mendapat lampu hijau pimpinan pusat. – HARAKAHDAILY 20/9/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita/13183-masih-awal-tubuh-kerajaan-campuran

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

ROYALTI: ADA HALANGAN DI KEMENTERIAN KEWANGAN

OLEH SALMAH MAT HUSAIN KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyifatkan negeri itu belum menerima royalti sebagaimana dijanjikan kerana halangan di Kementerian Kewangan. Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng punca antara faktor penyebab royalti minyak masih belum dibayar sehingga kini. Katanya, kerajaan negeri berpegang kepada […]

Subscribe US Now