Masjid Kg Laut komponen Kampung Warisan

webmaster

MASJID Kampung Laut di Nilam Puri bakal dibawa pulang ke lokasi asalnya di Kampung Laut di Tumpat bagi melengkapkan pakej projek Kampung Warisan.

Menteri Besar, Ustaz Dato Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, langkah tersebut wajar dilakukan kerana monumen tersebut akan diwartakan sebagai peninggalan sejarah.

“Kita tidak boleh wartakan sebagai harta warisan kerana bangunan itu sudah beralih daripada tapak asalnya.

“Jadi adalah wajar kita bawa pulang walau pun kosnya agak besar tetapi Masjid Kampung Laut masuk dalam pakej projek Kampung Warisan,” katanya selepas solat hajat dan pecah tanah penempatan semula penduduk terlibat projek Kampung Warisan di Tumpat semalam.

Turut hadir anggota-anggota Exco kerajaan negeri Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Ketua Jajahan Tumpat, Rosnazli Amin.

Sebanyak 12 keluarga terlibat dalam projek tersebut. Projek penempatan itu diadakan dengan usahasama Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Ecer) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).

Ustaz Ahmad juga berkata projek tersebut bertujuan memperkasakan industri berasaskan makanan tradisional.

Sebelum ini ada pihak didakwa menghasut penduduk menolak projek Kampung Warisan biar pun ia memberi manfaat kepada mereka.

Bagaimanapun selepas bekas pemimpin Cawangan PAS Kampung Laut menyertai Parti Amanah Negara, kesemua penduduk terlibat dengan projek terbabit menandatangani dokumen persetujuan. – HARAKAHDAILY 17/4/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Henti niaga waktu Maghrib budaya Kelantan

PERATURAN menggalakkan peniaga pasar malam menghentikan perniagaan seketika ketika azan Maghrib sudah menjadi budaya bagi masyarakat Kelantan. Malah ia sudah lama diterima selaras dengan Kelantan sebagai Serambi Mekah. Malangnya usaha itu cuba diperlekehkan pemimpin sekular yang cuba mencacatkan dasar Membangun Bersama Islam. Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Ashaari Mamat berkata, […]

Subscribe US Now