Masjid perlu naik taraf, RM300,000 diperlukan

editor5

image

LUBOK JONG – Masjid Lubok Jong memerlukan bantuan sebanyak RM300,000 untuk membesarkan ruang solat bagi menampung kehadiran seramai 2,000 penduduk di sini.

Imam Tua masjid berkenaan, Abd Rahim Senik berkata, pada masa kini, masjid tersebut hanya mampu memuatkan seramai 300 jemaah pada satu-satu masa dan tidak dapat menampung pertambahan penduduk.

Menurutnya, berbekalkan bantuan yang dimohon, usaha memperbesarkan masjid boleh dilaksanakan bagi keperluan berkenaan.

“Pertambahan penduduk yang juga jemaah masjid ini mencecah tujuh kali ganda dan ia memerlukan masjid diperbesarkan bagi mengelak jemaah rasa tidak selesa atau terpaksa solat di luar kawasan masjid, terutama ketika solat Jumaat atau tarawih.

“Masjid ini dibina sejak 30 tahun lalu dan ia perlu dinaikkan taraf kepada masjid dua tingkat. Kami juga berhasrat membina ruang untuk mengadakan majlis akad nikah di masjid ini,” katanya.

Abd Rahim memberitahu, masjid berkenaan turut menjadi tarikan penduduk di luar mukim dan pelancong kerana kedudukan strategiknya, iaitu di tepi laluan utama Pasir Mas-Rantau Panjang.

Tambahnya, hasil kutipan dan derma daripada pelbagai pihak, pihak masjid dapat membelanjakan lebih RM150,000 untuk melaksanakan kerja baik pulih pada masjid berkenaan.

Sumbangan boleh disalurkan kepada Tetuan Jawatankuasa Masjid Lubok Jong menerusi akaun Bank Islam Malaysia Berhad bernombor 03027010047999.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Selamat Hari Guru 2015

Islam sangat mementingkan pencarian ilmu dan membasmi kejahilan, oleh sebab itulah kedudukan seseorang guru amat tinggi disisi Islam. Allah SWT berfirman : يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آَمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ “Allah mengangkat serta meninggikan darjat orang-orang yang beriman diantara kamu dan juga orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan”. (Al-Mujadalah :11) […]

Subscribe US Now