‘MASJIDIL HARAM’ GUA MUSANG ADA 9 MENARA

webmaster

GUA MUSANG: ‘Masjidil Haram’ juga boleh ditemui di negara ini apabila masjid yang dilengkapi sembilan menara setinggi 30 meter terdapat di Gua Musang.

Masjid terbabit bakal digunakan tidak lama lagi. Turut dilengkapi tujuh kubah. Masjid tersebut seluas 75,000 kaki persegi mampu menampung 3,500 jemaah.

Seni rekanya seumpama Masjidil Haram di Makkah. Masjid itu diusahakan ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bagi menggantikan masjid lama.

Penyelia Dun Galas Ustaz Suhaimi Mat Deris berkata, masjid tersebut dikenali Masjid Razaleigh memandangkan ia hasil usaha anggota parlimen Gua Musang.

“Penduduk tempatan menyebut nama Masjid Razaleigh. Pembinaannya hampir siap sepenuhnya,” katanya.

Di kawasan berdekatan terdapat Masjid Mukim Razaleigh yang terletak di tepi Sungai Galas Bandar Gua Musang.

Kedudukannya berhampiran sungai menyebabkan sering ditenggelami banjir.

Penyelia parlimen Gua Musang Ustaz Abdullah Husain berkata, masjid baharu dibina dengan kos lebih RM28 juta.

Katanya juga bekalan air sudah disalur Air Kelantan Sdn Bhd ke masjid terbabit.

Masjid tersebut dibangun di kawasan seluas 3.7 ekar. Mula dibina pada 2016 terletak bersebelahan Pejabat PAS Gua Musang.

Selain itu terdapat projek perumahan Taman Cindai II juga sedang dibangunkan berhampiran masjid terbabit.

Kemunculan masjid tersebut dijangka merancakkan lagi Tahun Melawat Kelantan yang bermula 1 Januari lepas. – HARAKAHDAILY 9/1/2020

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2020/01/09/masjidil-haram-gua-musang-ada-9-menara/

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

MPKB BRI BANDAR RAYA PENUH 3 TAHUN LAGI

oleh Salmah Mat Husain KOTA BHARU: Kerajaan negeri menjangkakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) akan mendapat status bandar raya penuh tiga tahun lagi. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Dr Izani Husin berkata, pelbagai perkara perlu dipertingkatkan termasuk pendapatan tahunan. Katanya, setakat ini jumlah hasil diperolehi hampir […]

Subscribe US Now