Masyarakat beku belum lihat manfaat perundangan Islam

webmaster

KOTA BHARU: Mengambil kira dasar pendidikan tinggi Islam di negara ini tidak menepati nilai sebenar, Kelantan cuba mengisi kelompangan ituKOTA BHARU: Keberkesanan sistem perundangan Islam dalam masyarakat tidak dapat dilihat selagi ia tidak dilaksanakan pemerintah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, masyarakat belum nampak kelebihan hukuman bagi kesalahan jenayah dalam Islam kerana ia tidak laksanakan.

“Ini menyebabkan masyarakat menjadi beku kerana mereka tidak diperlihatkan tentang kebaikannya.“Lagipun undang-undang yang ada di negara kita sekarang bukan undang-undang jenayah mengikut perundangan Islam,” katanya ketika merasmikan Seminar Keadilan Restroratif 2016 di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad dan Timbalan Dekan Akademik, Kulliyyah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa, Dr Badruddin Ibrahim.

Lebih 100 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil rakyat, peguam dan ahli-ahli akademik menghadiri seminar julungkali pernah diadakan di negara ini.

Dr Mohamed Fadzli juga berkata dalam sistem perundangan Islam sesuatu hukuman tidak dijatuhkan tergesa-gesa tanpa diteliti sebab dan punca kejadian.

Kerajaan Kelantan kini sudah berusaha memartabatkan mahkamah syariah dengan membawa usul persendirian ke parlimen bagi meminda Akta 355.

Bagaimanapun rang undang-undang itu ditentang keras DAP dan parti kompenan BN. – HARAKAHDAILY 16/10/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Balak: Kerajaan negeri akan buat taklimat khusus

KOTA BHARU – Kerajaan negeri akan mengadakan taklimat khusus dengan beberapa jabatan dan agensi di negeri ini dalam waktu terdekat bagi mendapat penjelasan dan penerangan lengkap mengenai isu pembalakan di Gua Musang. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, laporan penuh sudah diterima namun taklimat masih belum diadakan […]
KOTA BHARU: Kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan pembangunan masyarakat Orang Asal termasuk bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)

Subscribe US Now