Masyarakat bukan Islam tetap diutama

webmaster

KOTA BHARU: Masyarakat bukan Islam di Kelantan tidak pernah disisih, malah mereka sering diberi perhatian kerajaan negeri.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, adalah menjadi tuntutan Islam bagi menjaga keharmonian kaum di negeri tersebut.

Menurutnya, kaum bukan Islam perlu dijaga sebaiknya dan setiap tindak tanduk yang dilakukan diharap tidak menimbulkan rasa kurang selesa sehingga menjejaskan kesejahteraan masyarakat.

“Alhamdulillah di Kelantan kita telah terapkan usaha sedemikian sejak awal pentadbiran kerajaan negeri pada 1990.

“Program kesejahteraan rakyat diberi keutamaan tanpa mengira latar belakang dan perbezaan anutan agama,” ujarnya pada jamuan sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Dataran Cheng Ho malam tadi.

Turut berangkat menghadiri program itu Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz, Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Dato’ Zamri Ismail dan Presiden Gabungan Tiong Hwa Kelantan, Oie Poh Chun.

Lebih 6,000 orang masyarakat Cina dan penduduk tempatan memeriahkan program tersebut di mana ia dianjurkan MPKB-BRI dan Gabungan Teong Hwa Kelantan. –HARAKAHDAILY 28/2/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Mangsa bom ikan terima bantuan Kerajaan Kelantan

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan turut melahirkan simpati ke atas nasib yang menimpa Mohd Fadil Abdullah, 27, mangsa bom ikan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri, Mumtaz Md Nawi dan rombongan mengunjungi Mohd Fadil semalam. Selepas sehari Mohd Fadil menerima rawatan di Hospital Jeli, akhirnya beliau dipindahkan ke Hospital […]

Subscribe US Now