MB bimbang ‘perang candu’ berulang

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan negeri bimbang orang Melayu di negara ini menjadi mangsa penyalahgunaan dadah seperti pernah berlaku di China ketika perang candu.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, beliau bimbang umat Islam menjadi mangsa seperti peristiwa ‘perang candu’ di China sebelum ini sekiranya tidak dikawal.

“Saya bimbang dengan perkembangan ini sekiranya benar-benar berlaku, takut orang Melayu akan diperangi dadah,” katanya selepas merasmikan Persidangan Belia Peringkat Negara di Bilik Gerakan Kota Darulnaim hari ini.

Seramai 150 peserta terdiri daripada ketua-ketua jajahan, agensi kerajaan dan badan-badan berkanun menyertai persidangan tersebut.

Semalam Ketua Pengarah Agensi Dadah Kebangsaan Dato’ Seri Zulkifli Abdullah mendedahkan seramai 12,477 individu dikesan menjadi hamba dadah di Kelantan dalam tempoh lima tahun sejak 2013.

Sehubungan itu Menteri Besar berharap persidangan tersebut mencari jalan terbaik untuk membantu belia dalam semua perkara termasuk sosial atau kerjaya. – HARAKAHDAILY 8/4/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10555-mb-bimbang-perang-candu-berulang

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pelajar OKU dapat tawaran ke Al-Azhar

KOTA BHARU: Pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan Rabia’atul Adawiah Ruziham, 19 berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Al Azhar Mesir. Beliau menghadapi masalah penglihatan yang sempit hanya sekadar lima peratus sahaja. Berikutan masalah itu beliau terpaksa menggunakan kanta pembesar khas ketika belajar khususnya membaca atau menyiapkan kerja sekolah. Rabia’atul Adawiah bekas […]

Subscribe US Now