MB imam solat jenazah anggota Bomba

PASIR MAS: Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob mengimamkan solat jenazah anggota Bomba dan Penyelamat Mohd Hafizul Malik Shaari, 25 di Kampung Alor Pasir.

Jenazah tiba pada jam 5.30 petang itu disambut ahli keluarga dan penduduk tempatan.

Kelihatan hadir anggota Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari; Adun Pengkalan Pasir, Dato’ Hanifa Ahmad dan Pengarah Bomba Kelantan, Nazili Mahmood.

Arwah yang merupakan anak tunggal lelaki dari tiga adik beradik dikebumikan Tanah Perkuburan Kampung Alor Pasir tidak jauh daripada kediaman orang tuanya.

Beliau merupakan salah seorang daripada enam anggota Bomba dan Penyelamat yang mati lemas ketika operasi menyelamat remaja di sebuah lombong di Puchong Selangor malam tadi. – HARAKAHDAILY 4/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8303-mb-imam-solat-jenazah-anggota-bomba

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
28Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment