MB imam solat jenazah anggota Bomba

webmaster

PASIR MAS: Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob mengimamkan solat jenazah anggota Bomba dan Penyelamat Mohd Hafizul Malik Shaari, 25 di Kampung Alor Pasir.

Jenazah tiba pada jam 5.30 petang itu disambut ahli keluarga dan penduduk tempatan.

Kelihatan hadir anggota Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari; Adun Pengkalan Pasir, Dato’ Hanifa Ahmad dan Pengarah Bomba Kelantan, Nazili Mahmood.

Arwah yang merupakan anak tunggal lelaki dari tiga adik beradik dikebumikan Tanah Perkuburan Kampung Alor Pasir tidak jauh daripada kediaman orang tuanya.

Beliau merupakan salah seorang daripada enam anggota Bomba dan Penyelamat yang mati lemas ketika operasi menyelamat remaja di sebuah lombong di Puchong Selangor malam tadi. – HARAKAHDAILY 4/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8303-mb-imam-solat-jenazah-anggota-bomba

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Bonda Mohd Amar kembali ke rahmatullah

KOTA BHARU: Bonda Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, Tengku Chik Tengku Ibrahim, 80, kembali ke rahmatullah di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kira-kira jam 1.25 pagi tadi. Tengku Chik yang lebih mesra dengan panggilan Mak Ku dirawat di jospital berkenaan sejak sebulan lalu. Jenazah akan dikebumikan […]

Subscribe US Now