MB iringi perjalanan akhir pegawai KGT

webmaster

PERJALANAN akhir Pegawai Pemasaran Kelantan Golden Trade (KGT), Allahyarham Mohd Adnan Abdullah turut diiringi Menteri Besar.

Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob mengimami solat jenazah arwah ketika menziarahinya di Hospital Tumpat di Kelaboran.

Allahyarham Adnan meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Km 1 Jalan Wakaf Bharu-Tumpat dekat Semat Jal, petang Ahad lalu.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Menteri Besar merakam ucapan takziah kepada keluarga allahyarham.

“Saya mengucap takziah kepada anggota keluarga dan diharapkan semuanya bersabar menghadapi ujian dariNya,” kata beliau.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Nor Anis Fazlini Kasma, 29 dan tiga anak yang berusia antara 15 bulan hingga 6 tahun.

Allahyarham juga aktivis Pertubuhan Royalti Kelantan. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Dingin. – HARAKAHDAILY 13/6/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Mangsa rentung: Kelantan rakam takziah

KERAJAAN negeri dan Dewan Muslimat PAS Kelantan merakam ucapan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan rentung di Km 25, Jempol, Negeri Sembilan Ahad lepas. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Mumtaz Md Nawi menziarahi keluarga mangsa di Kampung Jelawat, Bachok malam tadi. Pada kunjungan itu beliau turut menghulurkan sumbangan kepada […]

Subscribe US Now