MB jawab isu Kampung Warisan

Projek Kampung Warisan Kampung Laut, Tumpat.

Kampung Warisan merupakan projek pembangunan yang ditaja 100% oleh ECER dengan kerjasama Kerajaan Negeri. Ia bakal dimanfaatkan penduduk setempat dalam penawaran pekerjaan dalam sektor pelancongan dan IKS.

Yang menjadi polemik ialah pengambilan tanah seluas 2.32 hektar di bawah Seksyen 31A melibatkan 13 buah rumah dan 1 reban kambing.

YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob menjelaskan bahawa pengambilan tanah ini boleh menyelesaikan masalah pemilikan tanah yang berlarutan sekian lama, iaitu melibatkan tanah pusaka dan keduanya menyelesaikan masalah golongan dhuafat yang tidak bertanah.

Telah dikenalpasti 8 keluarga (boleh dikategorikan dhuafat) iaitu mereka samada menyewa atau mendirikan rumah di tanah berkenaan dengan kebenaran tuan tanah. Kumpulan ini, kerajaan menawarkan sebuah rumah untuk mereka di kawasan yang telah dikenalpasti.

Manakala bagi penduduk terlibat yang merupakan tuan tanah, kerajaan akan memberikan pampasan yang setimpal di samping tanah ganti di kawasan lain sekitar Jajahan Tumpat.

(Visited 2 times, 1 visits today)

Add Comment