Saya telah pun diberi kebenaran oleh doktor pakar yang merawat saya untuk pulang berehat di rumah bermula pada petang ini.
Sepanjang tempoh saya diberi cuti rehat, YB Timbalan Menteri Besar Kelantan akan melaksanakan tugas-tugas Menteri Besar dengan dibantu oleh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Seiring dengan dasar Merakyatkan Membangun Bersama Islam (MMBI), kebajikan dan kesejahteraan rakyat sangat diutamakan. Oleh itu, saya berharap seluruh pegawai dan kakitangan awam hendaklah pro-aktif dalam memenuhi khidmat kepada rakyat secara jujur, amanah dan penuh integriti.
Dalam keadaan cuaca yang panas ketika ini, sama-samalah kita bermunajat dan berdoa pada pagi jumaat esok bagi memohon rahmat dan kasih-sayang Allah dalam solat istisqa’ yang diadakan di Padang Hoki bermula jam 4.30 pagi. Semoga dengan pengabdian yang jitu kepada Allah, hujan barakah akan turun dengan mencurah-curah di negeri ini.
Saya turut mengambil kesempatan merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus berdoa untuk kesejahteraan dan kesihatan saya secara berpanjangan.
USTAZ DATO’ HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan
Bertarikh: 13 Rejab 1437/21 April 2016