KOMPLEKS DARUL NAIM: YAB Ustaz Dato’ Hj Ahmad bin Yakob (Dato’ Bentara Kanan) MB Kelantan telah selamat melancarkan “Buku Hala Tuju Portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan Melangkah Ke Hadapan (2018-2023) yang diadakan di Bilik Gerakan Negeri pada jam 10.00 pagi ini.
Pelan Strategik ini akan menjadi panduan dan rujukan dalam menentukan hala tuju kepada semua portfolio Exco. Pihak UPEN telah membantu dalam menyusun maklumat berdasarkan portfolio EXCO masing-masing demi memastikan setiap exco dapat memenuhi tanggungjawab dalam bidang masing-masing dan strategi yang akan dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun akan datang.
Buku hala tuju ini akan memperkemaskan perancangan dan strategi yang akan dilaksanakan agar mengikut ‘time frame’ atau pun tempoh masa pelaksanaanya. Perancangan kewangan bagi setiap program dan projek juga perlu disusun dan diambil kira supaya tiada yang akan tertangguh atau terbengkalai disebabkan tiadanya perancangan yang rapi. Ini demi mengelakkan pembaziran dan juga ketirisan yang melibatkan soal kewangan serta bajet.
Turut mengiringi YAB Dato’ MB semasa majlis pelancaran ialah YB Dato TMB, YB Dato’ Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Kelantan dan YM Dato’ Pengarah UPEN.- FB DATO’ AHMAD YAKOB 28/5/2019
Sumber: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1029338713922912&type=3