SERDANG: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob meluangkan masa melawat Program Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show (MAHA) 2016 yang sedang berlangsung di MAEPS Serdang, Selangor pagi tadi.
Dalam lawatannya itu beliau turut melawat tapak agro bazar, lokasi demonstrasi masakan, demonstrasi teknologi inovasi pertanian.
Dalam kesempatan yang sama beliau memenuhi permintaan kumpulan dikir barat untuk turut duduk bersama mereka semasa membuat Persembahan Kebudayaan dilokasi berkenaan.
Turut bersama Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, dan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Selain itu beliau diiringi Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Sallahuddin Hassan, TKSU Dasar MOA, Dr Mohamad Roff Mohd Noor, Timb. Ketua Pengarah MARDI dan Nik Roslan Idris, Timb. Pengurus Besar Pembangunan KADA.
MAHA akan berakhir pada 11 Disember ini. – HARAKAHDAILY 9/12/2016