KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob hari ini menerima kunjungan hormat pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Datuk Seri Affendi Hamzah.
Turut hadir pada pertemuan yang berlangsung hampir sejam setengah itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmod dan Setiausaha Kafa, Datuk Ismail Md Nor.
Fattah ketika memberitahu media berkata, kerajaan negeri bersedia membantu Kafa bagi membolehkan TRW dapat beraksi dalam Liga Malaysia tahun ini.
Anggota exco kerajaan negeri itu turut melahirkan rasa syukur pertemuan tersebut berlangsung dengan baik.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bentuk bantuan yang akan diberikan, namun akan membantu Kafa bagi membantu pasukan TRW dapat beraksi tahun ini.
“Kaedah atau bantuan yang bakal diberikan akan diperincikan dalam tempoh terdekat.
“Kita akan adakan lagi perbicangan dengan pihak Kafa untuk dapatkan jalan terbaik bagi menyelesaikan masaalah yang dihadapi,” ujarnya.
Affendi pula mengucapkan terima kasih pada kerajaan negeri kerana menerima kunjungan mereka.
Katanya, beliau mendoakan hasil pertemuan itu membuahkan yang terbaik untuk Kelantan bersaing pada Liga Malaysia. – HARAKAHDAILY 2/1/2017