MB Ketuai Lafaz Ikrar Bebas Rasuah

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan mengetuai bacaan ikrar bebas rasuah kepimpinan negeri sambil disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM yang diadakan di Bilik Gerakan, Kompleks Kota Darulnaim, 16 Ogos lepas.

Menteri Besar Kelantan dan seluruh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri turut menurunkan tandatangan diatas poster GERAH SPRM bagi menyatakan sokongan penuh kepada Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) yang telah dilancarkan oleh SPRM.

Manakala pada sebelah petang pula, seluruh ketua Jabatan/Agensi Negeri dan Persekutuan turut melafazkan ikrar bebas rasuah di Hotel Perdana. Datuk Dzulkifli Ahmad dalam ucapannya memuji kerajaan negeri Kelantan diatas sokongan penuh yang diberikan kepada pihak SPRM dan Kelantan merupakan negeri yang pertama melaksanakan kerahan ikrar bebas rasuah dikalangan ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan bersama.

Sahabat GERAH yang diperkenalkan oleh SPRM bertujuan memberi peluang kepada masyarakat untuk sama-sama terlibat dengan SPRM dalam memerangi gejala rasuah. Lebih 400 individu yang mewakili 50 NGO seluruh Kelantan telah menzahirkan komitmen menerusi ikrar bebas rasuah dan salah guna kuasa pada majlis tersebut.- RTV KELANTAN 23/8/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook32Share on Google+0Tweet about this on TwitterPrint this page

Add Comment