MB lancar PEKA

Pusat Integrasi Antara Kaum (PEKA) dilancar oleh YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan, Haji Ahmad Yakob pada 3 Rejab 1438H bersamaan 31 Mac 2017M (Jumaat) sebagai langkah awal kepada penubuhan Urusetia Hubungan Antara Kaum yng merupakan di antara janji manifesto PAS Kelantan pada PRU-13 yang lalu.

Antara peranan yang bakal dimainkan PEKA ialah merangka,merancang dan melaksana agenda perpaduan dan pembangunan kaum-kaum yang pelbagai di Kelantan, khususnya Cina, India, Siam dan Orang Asli. Ia sekaligus menjamin kebebasan beragama dan mengamalkan budaya masing-masing, bahkan akan melancar serta merancakkan lagi program berkaitan.

Selain itu, PEKA yang meliputi 14 kawasan Parlimen di Kelantan juga diharapkan menjadi platform dan wadah penyebaran maklumat dan dasar Kerajaan Negeri kepada akar umbi.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment