MB lawat keluarga dan mangsa kemalangan

webmaster

MENTERI Besar Kelantan, Ustaz Dato Bentara Kanan Ahmad Yakob menemui keluarga mangsa di Hopital Kuala Krai selepas solat Jumaat tadi.

MB mendengar taklimat daripada Mejar (B) Datuk Adnan Hashimi Pengasas tahfiz al-Hashimi

Hadir sama Adun Mengkebang Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, Adun Guchil Roslan Putih dan Adun Manek Urai mohd  Fauzi Hadir serta pegawai kerajaan.

Dalam pertemuan itu Ustaz Ahmad Turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa.

Difahamkan pelajar tahfiz Madrasah Tahfiz Al-Hashimi, Kg Telekong Kuala Krai dalam perjalanan ke Kota Bharu untuk mengikuti program Daurah Al Quraan di Madinah Ramadan.

Kemalangan dilaporkan berlaku jam 9.45 pagi itu turut menyebabkan lapan pelajar dan pemandu van, cedera.

Difahamkan lima mangsa berusia 14  hingga 17 tahun itu tersepit di dalam van dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Lapan lagi mangsa dikeluarkan dari van oleh orang awam.

Enam pelajar yang maut, Ahmaf Farhan Zulkifli, 14, Nik Ahmed Daniel Nik Ahmed Rithaudden, 14, Sarifuddin Muhammad.

Tiga lagi, Muhammad Hafiz Aimullah Mustapha, Muhammad Rahman Rozali dan Nik Shah Jehan Nik Azmi.

Dua orang lagi mangsa dirawat di Hospital Machang.

Maklumat terakhir diterima seorang lagi pelajar telah meninggal menjadikan tujuh kesemuanya. – HARAKAHDAILY 2/6/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

MPKB BRI ucap takziah

MAJLIS Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB BRI) mengucapkan takziah kepada semua mangsa dan keluarga pelajar Tahfiz al-Hashimi yang terlibat dalam kemalangan maut pagi ini. Kesemua mangsa seramai 14 orang tujuh daripadanya telah meninggal dunia dalam perjalanan ke Kota Bharu untuk mengikuti Daurah Al-Quraan di Madinah Ramadan. Pengarah Jabatan Pembangunan […]

Subscribe US Now