MB lawat mangsa banjir

Kuala Krai – Menteri Besar, Dato Ahmad Yakob turun padang melawat mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di daerah ini, pagi semalam.

Beliau melawat mangsa untuk memberi sokongan moral setelah sebahagian besar daripada mereka melalui pengalaman pahit kehilangan harta benda pada banjir besar 2014 lalu.

Saya tidak mahu emosi mangsa terus terganggu. saya turun untuk memberikan kekuatan supaya trauma mangsa tidak berulang.

   “Apa yang penting sekarang semua harus mengikuti arahan dikeluarkan oleh pihak bertanggung jawab supaya banjir tidak membawa kesan buruk kepada mereka,” katanya ketika melawat mangsa banjir di pusat pemindahan Veterinar, semalam.

Terdahulu , beliau melawat mangsa banjir di sekolah kebangsaan Banggol Guchil.

Pada lawatan ini, beliau turut meluahkan rasa kagum dan berpuas hati dengan kerja – kerja menyelamat dan penempatan mangsa di pusat pemindahan.

“Terima kasih kepada semua, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta semua jabatan berkaitan yang awal-awal lagi turun membantu mangsa,” katanya

Pada lawatan itu juga Ahmad turut mengagihkan sumbangan kepada mangsa terlibat.

-sinar harian

(Visited 1 times, 1 visits today)

Add Comment