MB layan sendiri tetamu di rumah terbuka

webmaster

RUMAH terbuka Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob sempena Aidilfitri mengeratkan lagi hubungan antara rakyat dan pimpinan kerajaan negeri.

Biarpun berstatus Menteri Besar namun beliau tidak menang tangan melayan orang ramai yang hadir.

Beliau sentiasa memastikan makanan dan minuman yang disediakan kepada pengunjung yang tidak putus-putus hadir mencukupi.

Lebih 2,000 mengunjungi rumah terbukanya di Kampung Alor Pasir Wakaf Bharu semalam.

Majlis yang bermula pada jam 11 pagi hingga 3 petang itu diadakan secara sederhana tetapi meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat.

Nasi dagang, nasi himpit, donut, roti canai, char kuew teow, sup, aiskrim termasuk pelbagai kuih muih dan minuman merupakan juadah disediakan.

Kelihatan hadir pemimpin kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT), badan bukan kerajaan (NGO), Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan dan masyarakat bukan Islam.

Turut kelihatan Ketua Bahagian Umno Kubang Kerian, Datuk Seri Muhammad Ghani dan pemimpin MCA juga hadir.

Kanak-kanak merupakan golongan yang paling gembira kerana mereka diraikan dengan pemberian wang selain dapat menjamu selera bersama keluarga.

Menteri Besar ketika ditemui berkata, majlis seumpama itu diadakan setiap tahun sempena Hari raya Aidilfitri.

“Kita mengadakan majlis ini pada 2 Syawal setiap tahun yang mengamit kehadiran lebih 2,000 penduduk tempatan.

“Kita adakan majlis ini juga bagi meraikan petugas PAS dan menyambut rakyat yang hadiri rumah terbuka pada hari ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/6/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Operasi Unit Amal kutip sampah di lebuh raya

TARIKH 4 Syawal, di saat masih ramai yang beraya dan bergembira bersama kaum keluarga di kampung halaman, anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Kelantan dan Jabatan Amal Malaysia Kuala Lipis turun bertugas di bawah terik mentari mengutip sampah sepanjang puluhan kilometer di lebuhraya Kuala Lipis-Merapoh. Seramai 31 orang anggota Jabatan Amal […]

Subscribe US Now