MB solat hajat di lokasi mangsa hilang

PASIR PUTEH: Operasi mencari dua mangsa lemas di Pantai Tok Bali dekat sini turut disertai Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob petang semalam.

Beliau bersama Timbalan Yang Dipertua PAS Pasir Puteh Yuganu Yunus turut menunaikan solat Maghrib serta solat hajat bersama penduduk tempatan di lokasi tempat kejadian.

Solat hajat diimamkan Menteri Besar juga disertai anggota-anggota penyelamat daripada pelbagai agensi kerajaan dan badan sukarela.

Mangsa Ahmad Haziem Anizam 14 dari Kampung Chengal Batu dan Amir Azfar Rafa, 13 dari Selising dipercayai lemas sejak dua hari lepas ketika mandi di laut.

Manakala dua lagi rakan mereka Muhammad Firdaus Mustapha, 16, dari Kampung Taweh dan Amir Syahir Zakima, 13 dari Kampung Nering berjaya diselamatkan orang ramai ketika kejadian.

Seramai 115 anggota penyelamat menyertai operasi menyelamat tersebut.

Yuganu berkata, Menteri Besar bergegas ke tempat kejadian selepas mengetahui kejadian malang tersebut biar pun baru kembali dari luar Kelantan.

β€œSolat hajat yang diadakan mudah-mudahan dapat dipermudahkan Allah Taala bagi menemui mangsa yang masih hilang,” ujarnya.

Ustaz Ahmad juga menemui keluarga mangsa terbabit. – HARAKAHDAILY 27/12/2016

(Visited 21 times, 1 visits today)

Add Comment