MB TERHARU PENGISYTIHARAN ADUN BN

webmaster

OLEH SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Menteri Besar merakamkan ucapan terima kasih di atas pengisytiharan Adun Kok Lanas Dato’ Md Alwi Che Ahmad tidak wujud lagi peranan Ketua Pembangkang di Dun Kelantan.

Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, beliau melahirkan perasaan lega dan terima kasih di atas kerjasama diberi wakil-wakil rakyat BN.

Bagaimanapun katanya, secara tersirat Adun BN sekarang masih sebagai pembangkang yang mesra kerajaan.

“Kita perlu sangat kepada teguran daripada sahabat-sahabat. Apabila ada apa-apa kekurangan, tidak tenteram ia perlu ditegur.

“Kita menerima teguran dengan berlapang dada. Mereka (Adun BN) boleh mencadang memberi pandangan atau nasihat secara membina.

“Semoga dengan keadaan ini dewan kita lebih bertambah baik. Peluang kerajaan berfikir dan memenuhi kehendak rakyat yang perlu diatasi,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan Kelantan 2020 pada persidangan Dun hari ini.

Semalam Md Alwi mengumumkan tidak wujud lagi peranan Ketua Pembangkang di Dun Kelantan.

Pada 14 September lepas PAS dan Umno menandatangani Piagam Muafakat Nasional bagi mempertahan dan menjunjungkan perlembagaan negara.

Sehingga sekarang hanya wujud seorang Adun Pakatan Harapan di Dun Kelantan iaitu Dato’ Seri Mustapa Mohamed (Bersatu-Air Lanas). – HARAKAHDAILY 16/10/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita/13600-mb-terharu-pengisytiharan-adun-bn

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

TANPA ROYALTI: KELANTAN TETAP BAYAR BONUS

OLEH SALMAH MAT HUSAIN KOTA BHARU: Biarpun bayaran royalti petroleum yang tertunggak lebih RM1 bilion belum dijelaskan, namun kebajikan penjawat awam negeri tidak diabaikan. Semalam, Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob mengumumkan kakitangan awam negeri mendapat insentif sebanyak RM500. “Saya ingin memaklumkan kerajaan negeri akan memberikan insentif sebanyak […]

Subscribe US Now