MB, TMB, EXCO Kelantan Potong 20%

“Di sini patut ambo royak (saya nak maklumkan), waktu Tok Guru (Nik Aziz), dia ada royak (maklumkan) sekali, Dia royak (beritahu), “Wakil-wakil rakyat ambo (era TGNA) ni, ambo potong 20%, 20% elaun dia”. Kalau (RM elaun YB) 4800.00, boleh berapa sen (pada Adun, RM3480.00 sahaja)? Hari ni pun ambo (saya, UAY) kekalkan. Ambo (UAY) nak royak sekali, Tok Guru pun royak sekali. Ambo kekalkan semua wakil-wakil rakyat 20% ambo potong. MB 20%, TMB 20%, Exco 20% dan lantikan politik 5%. Besar (elaunnya, maka) besarlah potongnya. Inilah dia yang ambo nak baca sekejap lagi sedikit sebanyak pengorbanan para sahabat (Rasulullah saw).”

Demikian ujar YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kelantan sebelum memulakan kuliah mingguan Jumaat di Medan Ilmu, Kota Bharu. Langkah yang dimulakan oleh al-Marhum Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat itu diteruskan beliau bagi membiayai program kebajikan rakyat dan dakwah Islamiah. Tambah beliau lagi,

“Dalam kita nak mengendalikan parti Islam ini, kita tak minta pitih (wang) dengan orang, kecuali orang kita (ahli Pas) juga derma. Kita sendiri, kita derma untuk urusan pejabat kita. Dan ada daripada wakil rakyat kita sebulan gaji dia tu, sebulan elaun tak ambil satu sen habuk pun ada. Buat apa? Buat pentadbiran di pejabat dia, di peringkat DUN. Termasuk ambo sendiri. Termasuk Datuk Che Loh, termasuk beberapa exco-exco lain. Elaun wakil rakyat tu kita beri khusus dah (untuk dipotong 20%), kita tak ambil dah. Setelah di potong 20%, baki kita buat untuk.. (pentadbiran DUN untuk urusan rakyat).

Ambo nak royak sekali jah. Ni lah kita dalam gerakan Islam, kalau ada sedikit sebanyak itulah yang kita harap dapat menjadi pegangan dan menjadi bekalan kita di hari akhirat”.

(Visited 5 times, 1 visits today)

Add Comment